25 September 2008

saje je nak post...

tak tau nak tulis ape laa... xde idea ni... layan je lah gambar2 ni yer.. hehehe..



the beatles: yellow submarine... kain 50.



iron horse: picture tengkorak ni solid molid lagi... cantik..



elvis viva las vegas... gambar memang hidup. tapi size besar, kalau kena size ni dah pakai dah ni...

17 September 2008

Jahit Oh Jahit...!!!

Dah 2 minggu lebih dah kita pose kan...?? tak lame lagi nak raye dh.. yeaaa.. RAYE..!! tak sabor rase nye nak raye... nak collect duit raye.. hehhee...

Kat kedai skrg ni memang sibuk dengan menjahit... jahit biasa, jahit tepi, sume ada... bertimbun-timbun orang hantar baju/seluar utk dijahit... terpaksalah 2 orang kuat aku tu bertungkus lumus nak settle kan sume seluar/baju yg orang hantar tu... kadang-kadang kalau jahit tepi tu, siap suruh customer jahit sendiri... charge separuh je... sbb byk sgt kain baju kurung nye.. ni sume kira orang2 yang amik tempahan menjahit baju kurung la ni agaknye...



bertungkus-lumus si ika ni menjahit... ntah ape yang dia jahit pun aku xtau... hihihi..









Sebenarnya aku tak nampak pun prospek jahit menjahit kat kedai aku ni... sbb aku pun tak pandai menjahit (tgh belajar lagi skrg ni :p ). Terima kasih lah kepada sahabat aku "SOG BUNDLE" yang beria-ia rekemen aku supaya masuk kan service jahit kat kedai..
kalau ikutkan memang dari dulu ada customer tanye pasal jahit, tp aku la yg xtau nak start kat mane... SOG la yg tolong aku.. cite sume nye pasal jahit nih... Alhamdulillah... skrg ni lepas 4-5 bulan.. semakin ramai yang hantar untuk jahit. Leh gak la wat cover ape yang patut... hehehhe...



mamat sorang ni.. si ika tu sibuk menjahit, dia termenung lak kat kaunter tu.. macam2 hal la dia ni...



jahit dan terus menjahit...

15 September 2008

Kecewaaa...

Last week ada buka 1 guni baru... guni tshirt r/neck. memang kusut. barang bukan takat hancur he, ni dah kira hancur berkecai. adduuussss... nasib2...
Member ada buka 2 guni hari jumaat, kusut gak.. terduduk member. memang nasib tak menyebelahi lah kali ni.. nak wat camne kan... kena bersabar je lah dulu...




guni baru dibelah



percubaan menyelak mencari "kepala"... hehhee..



sesi memproses guni bermula...



dapatlah pink floyd selai... yg lain2 tu... lelong je lah...



setelah selesai diproses... sambil aku bersandar & menggaru kepala... kusut2...

10 September 2008

Melayu vs Business

Jam aku baru pukul 7.20 pagi. Tiba-tiba gatal lak tangan ni nak tulis blog pagi-pagi buta ni... heheheh... Lepas suboh tadi xleh nak tido, so on pc n mula lah nak merepek ni.

Hari ni aku nak kecoh sikit pasal isu orang melayu ni. Tapi jangan lak salah paham ye. Ni bukan kes perkauman atau nak 'condemn' orang melayu. Tapi sekadar nak dibincang dan direnungkan. Aku sendiri pun melayu. Aku sayang dengan bangsa aku sendiri.

Korang setuju tak kalau aku cakap orang melayu ni lebih selesa makan gaji dari berniaga...?? Kenapa ekk...? Mungkin kebanyakan kita telah di didik sebegitu rupa. Pendedahan yang kita dapat pun lebihkan kepada makan gaji bukan bisnez. Termasuklah aku ni. Memang diakui oleh diri aku sendiri. :)

Kalau pun orang melayu ni nak berniaga, dorang lebih suka benda-benda yang 'grand'. Maksudnya nak buka company construction, printing, event mgmt, import xport etc berbanding dgn berniaga pasar malam or gerai/warung tepi jalan. Tul ke...??

Minggu lepas masa aku niaga kat backlane aku sempat la berborak lagi dengan brader otai pasar malam tu, yang penah aku ceritakan dalam post-post aku sebelum ni. Dia cakap dekat pasar malam tempat dia berniaga tu orang melayu tak ramai pun. Yang ramai nye ialah orang-orang indon... Mmmmm... pelik aku ni. Brader tu cakap kalau indon dah mula masuk niaga, memanglah kaum kerabat dia akan terus ada kat situ. Aku bukan nya "anti-indon". Jangan salah paham lak. Tapi apa yang aku tak puas hati nye ialah, ada sesetengah dorang ni yang besar kepala. Pada hal dorang tu menumpang je kat Malaysia ni... so, buat lah perangai elok sikit. Aku tak lah cakap semua indon macam tu, ada yang ok.. tp tak kurang jugak yang jahanam. Bila puak-puak dia dah ramai kat satu-satu kawasan tu mula lah dorang buat hal. Halo kawan... sedarlah diri tu sikit... Ada kes pasal penjual durian melayu kita dengan penjual durian indon ni... tp panjang la plak nak cite.. nanti lah ye.. dengar je cerita ni, memang bertambah-tambah rasa tak puas hati aku kat dorang ni.. Cuba lah belajar bersyukur sikit. Kalau Allah tarik balik rezeki korang nanti, baru korang tau langit ni tinggi ke rendah.

Dalam buku Rahsia Perniagaan Orang Cina ada tulis. Orang cina berniaga, dia tak pikirkan utk short term, dia pikir jauh ke depan. Sebagai contoh, mula-mula dia berniaga air di tepi jalan. Anak dia akan berniaga air dan ada kedai. Cucu dia nanti akan ada kilang sendiri... Itu style dorang... Kita orang melayu...???

Lemah sangat ke orang melayu ni...?? Ada yang cakap orang melayu ni kurang modal, tak de byk duit. Itu yang susah nak berniaga... Mmmm... Ini satu faktor ke...?
Siapa nak jawab ni...?? Orang cina yang berniaga air tepi jalan tu, besar sgt ke modal nye...?? Sama-sama lah kita renungkan yer... Untuk kebaikan bersama...

Alamak... !!! Dah mengantuk ni... hehehhe... Nak tido dulu lah ye...
Choowwzzz....

09 September 2008

Backlane Bazaar @ Setiawangsa: Part III

Diam tak diam, bising tak bising, dah seminggu kita puase ekk... kejap je. Tak lame lagi nak raye dah. :)

Minggu lepas niaga lagi kat backlane. Alhamdulillah... semakin bertambah orang yg datang nampaknya. tp yang tak sedap tu, ada sorang customer aku umah dia belakang tu je... dekat sgt lah maksudnya tu, tp baru tau ada backlane bazaar ni... mmmmm... macam mana ni... apa yang organizer dah buat ni... sejak tapak ni dibuka, tak byk benda yang berubah or ditambah. mayb sebab bulan puasa kot. tak pe lah, kita tunggu je la sampai lepas raya nanti. tengok apa plan organizer utk meriahkan lagi backlane ni.

Aku ada pesan kat dorang supaya gantung lah bunting kat tiang2 lampu tepi jln tu supaya nampak meriah, tp jawapan nya kalau gantung kt tiang lampu byk2 kat situ xde orang yang nak baca or tgk sbb tgh drive... Mmmm... jawapan yg sungguh pelik bin ajaib. Wahai tuan-tuan pengusaha backlane, kalau gantung 10 bunting, 1 mesti dorang perasan. Satu lagi, bunting2 ni leh menarik perhatian orang ramai. Mungkin sekali lalu dia xsempat nak baca. Tp dia dh perasan. Next time dia lalu mesti dia curious nak tau... e2 la cara promotion... tak kan nak ajar jugak... issshhh...

Kalau ada kaum kerabat organizer yang baca blog ni... jgn lah marah lak ye.. ini sekadar luahan orang yang berniaga. kalau promotion slow, orang xramai masuk, sale kurang... mcm mana kita orang nak lepak lama kat backlane tu... mesti ramai yang cabut. Sape yang rugi, organizer gak laa.. so, pikir2 kan lah yer...

Harapan nya agar organizer backlane ni jgn lah jadi macam penganjur2 2-3 uptown sebelum ni. Dah dapat duit dari peniaga, uptown tak hidup, terus cabut. Style typical malay nak buat duit mudah & tak nak amik tanggungjawab.

Minggu ni tak de pics laa... lupe nak bawak camera... :(

04 September 2008

Backlane Bazaar @ Setiawangsa: Part II

Salam...

Berjumpa lagi kita dalam topik backlane part yg kedua... Last weekend gi niaga. Ok gak laa.. Sale pun ada lebih sikit. Harap-harapnya akan terus lebih dan meningkat la.

Tapi aku tengok organizer ada macam slow ckit laa.. promotion dia lambat sangat. Aku dah penah cakap dah dengan dorang, gantung la bunting banyak-banyak kat keliling kawasan backlane tu, biar nampak meriah. Haram.. Lepas seminggu 1 bunting pun aku tak nampak naik lagi. Kalau ada organizer yang baca blog aku ni, tolonglah yer... usahakan lah apa yang patut. Tak kan nak harapkan customer leh datang sendiri kat backlane tu. Kalau nak harap promotion mulut ke mulut, alamat nya 4 tahun lagi lah backlane tu akan meriah... muahahahahaaaa...

Tengok lah macam mana, selagi aku leh dapat sale dan sale tu terus meningkat, customer pun bertambah, ok la.. tp kalau aku tgk customer macam tu je... sale pun tak ke mana, kena la surrender... tak kan kita nak tunggu je kan... baik cabut.

Apa-apa pun, just wait n see laaa yerr... :)




backlane 1




backlane 2




terpaksa hilangkan pic partner aku tu.. atas permintaan dia sendiri.. tak nak glamor katanya... hehehehe...