27 August 2008

Backlane Bazaar @ Setiawangsa: Part I

Ni tapak uptown yang baru. Organizer tempat ni tak nak panggil uptown, tp "backlane". Nama lain macam je... hehehe... Tapi xkisah la janji aku leh cuba peluang berniaga kat situ. Di buka 3 hari seminggu je, Jumaat - Ahad dari jam 9 malam hingga 4 pagi.

Minggu lepas, 22 Ogos 2008 (Jumaat) first day XY BUNDLE niaga kat sane. Punya la semangat nak niaga ni, tp tengok-tengok peniaga pun ramai yg tak niaga lagi. Hujung minggu ni baru diaorang ramai-ramai nak start niaga. Tapi boleh la, minggu lepas ada dalam 18-20 tapak yg dah beroperasi. Customer pun ada gak la yg dtg jalan-jalan survey tempat. Ada gak la sale nye sepanjang 3 hari tu. Lepas la duit minyak n sara hidup. kekekeke...

Minggu lepas lupe lak nak bawa camera. So tak leh la nak tunjuk ape-ape kat sini. Minggu ni niaga lagi. Insyaallah, aku akan cuba snap 2-3 gambar utk di tontonkan kepada kawan-kawan sume.

Sekarang ni banyak tapak uptown baru yg timbul. Tapi byk yg tak bertahan lama sebab tak bleh nak tarik crowd ramai. Yang btol-btol hidup dan sentiasa ramai orang hanya kt danau kota je... downtown cheras pun harapkan weekend je... Ntah lah, kita yang berniaga ni kena la mencuba kan. Kalau tak cuba tak tau. Yang penting kita usaha dan berdoa. Kalau ada rezeki maka adalah, kalau tak adat berniaga la kan...

Harap-harap nye "Backlane" ni dapatlah hidup dan stay sampai bila-bila.

Amiiiinn..!!

0 orang dah komen: