28 August 2008

"Peniaga Pesisiran Pantai"

Fuuuhhh... ni memang leh jadi rekod. Masuk posting ni, 3 hari straight aku tulis dalam blog nih... tiba-tiba ada byk masa dan rajin lak nak tulis nye... hehhehe...

Kali ni kita story tentang "peniaga pesisiran pantai" nih... macam aku la. Orang yang berniaga secara kecil-kecilan dalam bidang runcit ni. Kalau yang buat biznes juta-juta tu, dah di kira peniaga laut dalam lah tu... :).

Aku penah borak dengan seorang tokey pasar malam. Dia memang otai la.. dh berbelas tahun niaga pasar malam ni. Dah boleh beli 3 biji umah dengan duit niaga pasar malam ni (ni jenis yg beringat dan buat harta la kiranya ni). Sekarang ni pun dia masih lagi berniaga. Dia cakap, berniaga sekarang ni tak sama ngan tahun 90an dulu. Dulu dia cakap, berniaga pasar malam memang leh pegang duit banyak. Lebih daripada cukup. Sebab tu dia leh beli sampai 3 biji umah.

Tapi zaman sekarang ni, ekonomi memang teruk. Ramai yang baru berniaga rugi. Yang dah lama lak untung cukup makan je. Aku tanya dia... "agak-agak ekonomi kita ni leh kembali macam dulu ke?". Dengan muka seposen dia menjawab, "tak boleh dah". Kusut sekejap aku dengar. Yer laa.. aku ni baru je berniaga. Bila otai cakap macam tu, kusut jap kepala aku. Tapi apa-apa pun, aku tetap kena berusaha dan tawakal. Memang dah hakikat berniaga, kalau ada rezeki ada lah. Kalau Allah nak uji kita dengan kegagalan, kita kena terima lah. Tp aku harap aku akan dapat teruskan berniaga ni walaupun untung tak byk. Janji leh maintain dan di wariskan kepada anak-anak aku nanti.

Kalau ada otai-otai biznes yang sedang baca blog mengarut aku ni (hehehe), sudilah kiranya berkongsi tentang ekonomi zaman sekarang ni... Sejauh mana peniaga-peniaga persisiran pantai ni boleh bertahan. Mmmmm... Harga minyak naik, harga barang-barang lain pun naik. Makna kata kos sara hidup makin bertambah. Orang nak berbelanja pun berhati-hati. Kesudahannya, sale peniaga-peniaga ni makin berkurangan lah.

Sekadar nak meluahkan rasa je... kita sama-sama lah berdoa. Semoga perniagaan yang kita jalankan berjaya. Insyaallah... Amiiinnn...

Chow !!

27 August 2008

Backlane Bazaar @ Setiawangsa: Part I

Ni tapak uptown yang baru. Organizer tempat ni tak nak panggil uptown, tp "backlane". Nama lain macam je... hehehe... Tapi xkisah la janji aku leh cuba peluang berniaga kat situ. Di buka 3 hari seminggu je, Jumaat - Ahad dari jam 9 malam hingga 4 pagi.

Minggu lepas, 22 Ogos 2008 (Jumaat) first day XY BUNDLE niaga kat sane. Punya la semangat nak niaga ni, tp tengok-tengok peniaga pun ramai yg tak niaga lagi. Hujung minggu ni baru diaorang ramai-ramai nak start niaga. Tapi boleh la, minggu lepas ada dalam 18-20 tapak yg dah beroperasi. Customer pun ada gak la yg dtg jalan-jalan survey tempat. Ada gak la sale nye sepanjang 3 hari tu. Lepas la duit minyak n sara hidup. kekekeke...

Minggu lepas lupe lak nak bawa camera. So tak leh la nak tunjuk ape-ape kat sini. Minggu ni niaga lagi. Insyaallah, aku akan cuba snap 2-3 gambar utk di tontonkan kepada kawan-kawan sume.

Sekarang ni banyak tapak uptown baru yg timbul. Tapi byk yg tak bertahan lama sebab tak bleh nak tarik crowd ramai. Yang btol-btol hidup dan sentiasa ramai orang hanya kt danau kota je... downtown cheras pun harapkan weekend je... Ntah lah, kita yang berniaga ni kena la mencuba kan. Kalau tak cuba tak tau. Yang penting kita usaha dan berdoa. Kalau ada rezeki maka adalah, kalau tak adat berniaga la kan...

Harap-harap nye "Backlane" ni dapatlah hidup dan stay sampai bila-bila.

Amiiiinn..!!

26 August 2008

Harga pakaian bundle...

Kepada yang membaca blog xy bundle ni aku nak minta maaf banyak-banyak sebab lama sgt xtulis dalam ni. Macam-macam hal yang jadi dan xsempat nak buka internet tulis blog ni. Sekarang ni semua dah ok, so aku akan cuba untuk tulis sekerap yang mungkin. Harap-harapnya berjaya la... hehehhee...


Dalam post yang lepas aku ada janji nak cerita pasal harga barangan bundle ni. Kita sambung la yeer..


Harga barangan bundle ni memang subjektif sebab bergantung kepada tokei kedai tu sendiri. Tapi secara umum nya ada la satu standard yang tak bertulis di antara peniaga-peniaga bundle. Contohnya kalau tshirt yang biasa-biasa tu harga dari RM5 - RM10. Kalau yang brand cantik-cantik, baju yang pelik-pelik, 'rare' harga dia memang tinggi bergantung kepada kualiti dan permintaan. Jangan terkejut kalau ada setengah-setengah tshirt bundle dijual dengan harga beratus-ratus ringgit. Ini lah keistimewaan bundle. Malahan ada barangan bundle yang mencecah harga ribuan ringgit. Tapi di xy bundle belum dapat lagi la barang yg leh di jual dengan harga ribu-ribu ni. Tengah usaha gak nih.. harap-harap nya dapat la nanti... :)


Jaket Jeans Levi's Big E (RM450):




Sweater Adidas Lama - made in brazil (RM150):