11 November 2008

501xx




RM 178





RM 138





RM 128





RM 158





RM 138

05 November 2008

Koleksi T-Shirt: Part I


1. andy warhol (L, biru muda) = RM58
2. andy warhol (XL, biru gelap) = RM58



3. DKNY (L) = RM38
4. Canterbury Ladies (M) = RM58



5. Che Guevara (L) = RM48
6. Lacoste (M) = RM48



7. Jean Michel Basquiat (L) = RM48
8. Fitleist (L) = RM48



9. Tommy Hilfiger (L) = RM38
10. X-Large (L) = RM38



11. Hot Wheels (M) = RM28
12. Supreme (XL) = RM68



13. Bone (M) = RM28
14. Army (M) = RM28

02 November 2008

Canterbury: Bledisloe Cup

Salam BUNDLE...

Fuhhh... dah seminggu aku tak post ape2 kat blog XY BUNDLE ni..
so, untuk mengelakkan aku kena sound ari ni aku kena tulis something gak..
kekkekee...

kita tgk pic ni... aku baru dapat last week.. cun beb..!!!
(klik kat gambar utk paparan lebih besar & jelas)







baju ni xde la rare pun.. cumanya jenis ni kita jarang nampak la. Pada sesiapa yang tak berapa mengenali dunia rugby ni, aku cite la ckit ye... (mayb muor76 leh bantu aku nanti - sebab dia peminat setia rugby)... hhehehe...

Bledisloe Cup ni adalah game yang dibuat utk dua negara gergasi dlm dunia rugby iaitu New Zealand (All Black) & Australia (Wallabies).. Tak salah aku, game ni mula sejak tahun 1931 lagi.. mula2 tu dorang buat sekali dalam beberapa tahun. Tapi sekarang dah jadi game tahunan. Gilir2 jadi tuan rumah. Tapi untuk tahun 2008 ni buat pertama kali dorang buat game ni di luar new zealand & australia. Dorang wat game tu kat HONG KONG (1 november 2008 - semalam). keputusannya, all black (19) vs wallabies (14). All Black menang lagi lerrrr...

baju ni bukan utk pameran semata, untuk dijual gak sebenarnya.. heheh..
berminat...?? contact aku la ye...

ADIOS..!!!

25 October 2008

Koleksi Baju Band

Hi semua geng XY BUNDLE...

Dalam posting ni aku akan senaraikan baju-baju band yang ada dalam stok XY BUNDLE. Sebab ramai yang tanya bila tengok slide show tu.. Maafla ye, dalam slide show tu ada yang masih available dan ada yang dah dijual...

Korang yang minat dengan baju2 band ni leh la selalu check blog n tengok posting aku. Kalau ada barang baru, aku akan bagitau kat sini.

Baju-baju band dalam stok XY BUNDLE pun dah kurang dah... Ini aje yang tinggal. Nanti kalau ada dapat yang baru, akan dimaklumkan ye.



















Semua t-shirt yang aku listkan kat atas kain 100 kecuali incubus tu kain 50-50.
Kalau ada yang berkenan di hati, inform je yer... :)

Adios!!!

21 October 2008

Barang Baik...!!!

Hari aku tak de apa nak story pun. Tapi tangan ni gatal nak tulis.

So, kali aku nak tunjukkan satu t-shirt best yang ada dalam koleksi XY BUNDLE. Korang tengok la sendiri ye. Kalau nak tengok yang besar sikit, korang klik je kat gambar tu. Boleh nampak dengan lebih detail.

Kalau leh kira, korang kiralah berapa banyak nama artis & band yang ada kat atas t-shirt tu. Aku penah cuba nak kira, tp xleh beb, naik juling mata aku.. hehehe..

Value t-shirt ni mmg dah turun sikit sebab dah alter. Asal nye dia size XL, tp telah dikecilkan mengikut size badan owner sebelum ni. Tapi aku tak kisah pun. Aku sayang sebenarnya baju ni. Kalau orang berani bayar aku lepas lah. Kalau diikutkan memang la mahal harga nya dengan condition baju.

Tapi t-shirt ni dah jatuh dalam kategori rare & vintage beb... Payah nak dapat maaaa...

Tgh plan nak frame kan t-shirt ni... hehehhee...














17 October 2008

Ada ke orang nak pakai...???

Soalan yang masih ada lagi orang tanya.. sampai ke hari ini. Aku pun ada ditanyakan soalan ni minggu lepas masa gi open house member aku.


Geli laa...!!

Entah2 orang dulu tu ada kurap ke...??

Entah sape2 la yang pakai dulu..

Tak de 'class' la bundle ni..

Bundle ni indon & bangla pakai laa..

Bundle ni orang2 yang keje kontrak, orang2 kampung beli la..

Baju dah lusuh2, sape yang nak beli...??



Banyak lagi soalan/ ayat yang aku dah penah dengar... sampai tak larat nak jawab dah. Dah berbuih mulut aku nak menjawab. Hehehe... Tapi aku tak penah kisah pun sebenarnya. Aku berkenalan ni dengan bundle ni bukan baru semalam. Aku dah pakai bundle sejak zaman sekolah. So, tak de apa yang nak di pelikkan. :)

Kat malaysia ni bila kita sebut je bundle, mesti orang akan terbayang kedai yg suram, malap, baju berlonggok2, bersepah2, xtersusun, xmenyelerakan langsung. Walaupun sekarang ni kita leh jumpa banyak kedai-kedai bundle yang dah ubah konsep tu. Dia orang sekarang ni lebih kreatif n menarik. Tapi, cuba kita tengok kat Jepun. Fuuuhhh... kedai bundle dia orang memang 1st class. Taraf butik kat malaysia ni. Barang2 dia orang pun memang yang klasik & rare je. Kagum gila aku. Kalau korang sume nak tengok, cuba pegi Kinokuniya kat KLCC tu, pegi seksyen majalah jepun kat sebelah belakang tu. Aku biasa beli Free & Easy tu... cuba la korang tgk gambar2 dia. Nak baca dah tentu tak paham... muahahhaa...

Bila orang cakap budak kilang, indon, bangla, pekerja kontrak yg beli bundle. Memang aku tak nafikan. Memang ramai yang datang beli kat XY BUNDLE. Tapi sebahagian besar dia orang tak kan beli barang yang harga sampai RM300-400. Ada pulak yang bertanya, "Ada ke barang bundle sampai RM300-400...??" Pulak dah... Dah masuk cerita lain pulak. Minggu lepas XY BUNDLE ada jual 2 helai jeans kepala.



Dijual pada harga RM300


Dijual pada harga RM600

Kepada rakan-rakan yang masih lagi confuse dengan kehidupan dunia bundle ni, leh la wat kesimpulan sendiri ye. Bukan takat RM300-400, tapi harga pakaian bundle ni boleh mencecah ribuan... :) Tapi setakat ni XY BUNDLE belum la berjaya jual lagi barang yg harga ribu2 (sebab lum penah jumpa barang nye lagi... yg btol2 klasik). Insyaallah satu hari nanti.

"Bundle ni kedai 5 ringgit"

Memang tak dinafikan lah. Memang XY BUNDLE pun ada jual barang RM5 / RM10 ni. Tapi yang beratus2 pun ada gak... Ada setengah2 kedai bundle dia orang wat "selected bundle". Barang RM5 memang tak de langsung. Semua barang yang terpilih. Memang best kalau gi tengok. Menarik je nampak. (pada yang minat laaa... :p).

Itu ajeeee...