27 November 2007

Apa itu Pakaian Bundle...???

pakaian bundle ni memang dah lama ada dekat malaysia ni. kalau dari zaman aku sekolah dulu memang orang dah sibuk-sibuk nak mencari bundle terutamanya budak-budak yang gilakan brand. berebut-rebut pergi kedai bundle kalau stok baru masuk...

tapi apa sebenarnya pakaian bundle ni?

pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang terpakai yang diimport dari luar negara seperti US, jepun, UK, korea dan negara-negara eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. inilah yang dipanggil BUNDLE. guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. kita boleh jumpa pakaian tu siap dengan tagging dia lagi. kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai.

jenis pakaian bundle...???

jenis pakaian yang ada dalam bundle macam-macam dari kemeja & t-shirt sampailah ke bra dan girdle. hehehe.. memang 1001 macam jenis pakaian. tapi selain pakaian biasa ada juga bundle kasut, selimut, toto, langsir dan macam-macam lagi lah. selagi benda tu boleh digunakan semula, memang akan dijual sebagai bundle.

ape yang menariknya pakaian second hand ni...??

kepada mereka yang tak pernah @ tak minat pakai bundle ni mesti pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. tak kurang pula yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. ini terpulanglah kepada citarasa dan minat masing-masing. tp apa yang menariknya pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US. kualiti kain dan printing memang bagus. bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. jenama-jenama besar seperti levi's, dockers, polo, harley davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni. kalau display kat kedai tu, memang tak lama la... kejap je ada peminat dia datang beli... seronok tengok.

tak kotor/ berpenyakit ke pakaian bundle ni...??

semua pakaian yang dibungkus dalam setiap bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit. sebab itu kalau kita pergi ke kedai-kedai bundle yang pakaiannya belum dibasuh, kita boleh cium satu bau yang sama je. ini la bau yang org panggil "bau bundle"... bau bahan kimia yang digunakan tu. tp di XY BUNDLE, kita orang basuh dan gosok dahulu pakaian bundle ni sebelum dijual supaya lebih bersih dan cantik. dah banyak dah pun kedai bundle yang basuh pakaian bundle ni sebelum dijual. pelanggan yang datang pun akan rasa lebih selesa kerana pakaian-pakaian ini semua telah bersih dan tidak berbau.

dah panjang dah ni... cukuplah sampai disini dulu.. next post nanti aku akan ceritakan pula tentang harga pakaian bundle ni... macam mana penjual bundle ni letakkan harga mereka...

ADIOS...!!!

06 November 2007

wujudnya xy bundle...

berjumpa lagi...

awal tahun 2007 aku dengan member aku ni ada plan nak mulakan biznes... sebelum ni pun memang kita org ada biznes... biznes kecil-kecilan la... masing-masing punya hal... aku ada biznes yang aku buat dan partner aku pun ada biznes dia... tapi bila kita orang duduk lepak-lepak minum, tiba-tiba timbul idea nak buka kedai bundle ni... IDEA yang menarik...

bila aku dengan partner aku dah setuju nak buka bundle ni, macam-macam lak benda yang datang dalam kepala... boleh ke? mana nak cari supplier? sekarang ni orang minat bundle lagi ke? modal cukup ke? mmm... banyak lagi... tapi aku pegang pada satu je, selagi kita tak cuba, kita tak kan tau apa yang akan kita hadapi dan apa hasilnya.

so, kita orang pun mulakan langkah pertama, pergi jalan-jalan ke kedai-kedai bundle. sebelum ni pergi kedai bundle sebab nak beli barang, tapi kali ni pergi dengan tujuan nak tengok dan belajar macam mana handle biznes bundle ni... macam-macam ragam tokei bundle kita orang jumpa. biasalah, tak semua orang boleh berkongsi ilmu ni. dia orang takut bila ramai yang buka kedai bundle, dia orang tak boleh nak cari makan. satu lagi, bila kita ambil stok bundle dengan supplier yang sama dengan dia orang nanti bersaing. entahlah... macam-macam hal. pening kepala kita orang...

alhamdulillah... akhirnya kita orang berjumpa dengan orang yang boleh membantu. member aku jugak. dia memang dah buka kedai bundle. almost 2 years in operation. dengan dia lah yang kita orang banyak belajar. daripada mula-mula nak setup kedai sampai la dekat mana nak cari supplier. "thanx bro... semoga ilmu yang diberikan diberkati Allah."

register company... cari modal... cari lokasi kedai... GO...!!! bermulalah episod xy bundle.

setelah 2 minggu renovate dan masukkan stok dalam kedai... maka tepat jam 11 pagi pada 14 April 2007 (sabtu), xy bundle pun beroperasi dengan rasminya. seronok betul bila sedara mara, kawan-kawan datang bagi support. yang tak tahan tu, ada member aku yang tak minat pakai bundle ni, tp sebab nak support member dia datang jugak... thanx frens... really appreciate it...


tgh renovate... bersepah-sepah.. heheh..


baru lepas sapu undercoat paint...


sedang beroperasi...


pemandangan dari depan kedai...

01 November 2007

Salam dari xy bundle

Terima kasih kerana sudi untuk singgah dan membaca blog xy bundle ni.. Kami sangat menghargainya...

Tepat jam 11 pagi pada 14 April 2007 (Sabtu) xy bundle telah dibuka dengan rasminya di alamat berikut:

no 23, jalan putra permai 1A
taman equine
seri kembangan, selangor


Alhamdulillah... setelah 6 bulan lebih beroperasi, xy bundle semakin mendapat sambutan dan bilangan pelanggan yg datang semakin bertambah. Regular customer pun dah ada. Terima kasih kepada semua pelanggan yang setia dan sudi untuk terus bersama kami.

Sebenarnya dah lama cadang nak tulis blog ni, tp masa yang tak mengizinkan... sibuk sgt uruskan kedai... al maklum je la kan kedai baru.. macam-macam nak kena di selesaikan... tambahan pulak kita baru je lepas musim puasa dan raya... musim yg amat sibuk bagi orang-orang yg meniaga ni... Baru sekarang ni lah baru dapat curi masa...
Insyaallah... kami akan cuba update blog ni dari semasa ke semasa agar semua pelanggan dan pembaca-pembaca blog ini dapat mengetahui perkembangan terkini dari xy bundle.

Salam perkenalan... Salam muhibah... dari kami di xy bundle !!!